Monday, April 5, 2010

thanks to hubby...

Tuhan panjangkan jodohku bersamanya..redhai hubungan kami, jadikan aku isteri yang paling baik buat dia.. rasa tersentuh & terharu dengan sebuah artikel yang ditulis oleh kak ani..terharu kerana atas kehilangan suami tercinta disaat dia masih memerlukan suami di sisi. Tersentuh kerana banyak impian yang ingin dilakukan bersama suami tapi tak berkesempatan lagi..benar kata kak ani, kita yang masih punya masa harus mengambil peluang itu sebelum semuanya dah terlambat.
Ya Allah panjangkanlah usia suami ku...berikanlah aku kesempatan untuk mencurah segala rasa cinta dan kasih buat dia. Berikan aku kesabaran untuk menghadapi apa jua badai yng mendatang, kurniakan aku kelembutan agar suamiku berasa tenang dan terhibur denganku sebagai isterinya..Jadikan aku isteri yang serba boleh agar dia bangga setiap perbuatanku...

Tak dapatku membayangkan keterusan hidup tanpanya di sisi..betul kata kak ani, kini dia tiada tempat untuk mengadu keluh kesahnya, kalau arwah suaminya masih ada, tentu kak ani tak sebegini susah...tentu arwah suaminya akan sentiasa sudi membawanya kemana saja...kini terpaksalah dia mengawal pergerakan mata & lidahnya.. Saat ini, aku masih dapat mengecapi kebaikan suamiku, aku masih punya tempat untuk meluah segala kekusutan ku, membawa ku kemana yang kami sukai...Akan ku hargai segala kesempatan ini agar aku tidak menyesalinya kemudian..

Kesempatan cuti Gud Friday, suami membawa ku ke kawasan air terjun...sebenarnya, di dalam hatiku, ingin ku mengajaknya ke kawasan air terjun itu..tapi, puas suami mencari tempat tu tak jumpa..akhirnya, kami cuma mandi di Sg.Kluan sambil makan makanan yg ku masak di rumah tadi...indah sungguh kesempatan ini..hanya aku dan dia menikmati rasa cintanya terhadapku..

Walaupun sungai tu tak dalam & besar, tapi ada kenangan yang sukar untuk aku lupakan di situ, kerana dia suami yang sungguh membahagiakan aku.. thank you so much my dear hubby... i will keep my promises untill the end of my breath..


No comments:

Post a Comment