Thursday, July 22, 2010

adakah patut............

Tak patut betul...memang tak patut aku jumpa dia yang aku tak patut berjumpa lagi... Apa lagi aku jumpa dia bersama insan yang tak patut bersama dia..Aku tak mau lagi tahu kisahnya..dan biarlah semuanya berlalu seperti 8 tahun yg lalu. Sesungguhnya Allah telah lama merancang ketentuan ini begini perjalanannya..Tapi baru semalam aku mengetahuinya.. ku tak mau tau kisahnya lagi. kalau ketentuan Allah itu menemukan aku kpd best friend merangkap course mate merangkap room mate menjadi insan istimewanya... memang membengangkan betul la...aku betul2 excited plus rindu dengan kawan-kawan yang ku tinggalkan 10tahun lalu...kini bila tiba waktu Allah menemukan aku dengan mereka. Rupanya tak segembira yang ku sangka..

Lagi yang tak best kerana 2 lagi insan yang menjadi sahabat berempat sebagai course mate dan room mate ku di USM dulu..tapi langsung tidak mengkhabarkan kepada ku tentang ini.. Apalah hikmah di sebalik ketentuan ini...

Ingatkan aku yang kalut mendapat tau tentang mereka...Hehee..sian Zura, aku baca comment dia dlm FB..dia pun kalut... Tak apalah Zura...sudah jodohmu bersama dia..Aku pun sudah punya insan istimewa... Sampai2nya..Zura lum confirm aku jd friend dlm FB..

Friday, July 16, 2010

inna lillahi wa inna ilaihi rajiun..



Semua kita pasti akan menyusul jua akhirnya ke destinasi itu..terharu dengan perginya arwah kerana masih segar dia dalam ingatan. Terima kasih buat arwah yang telah mengizinkan aku bercuti panjang kerana rasa kemanusiaannya terhadapku..

Masih terngiang-ngiang arwah datang ke kelas semasa aku mengajar, semata-mata untuk meminta aku menambah agenda mesyuarat sebelum mesyuarat..n masih segar panggilan "si tompok" semasa menyusun atur bilik guru suatu masa dahulu...

Mulia hatinya..tapi ramai yg mengambil kesempatan ke atasnya..syukurlah sempat jua ku memohon ampun maaf semasa beraya di rumah arwah pada tahun lepas..rupanya kedatangan kami sekeluarga ke rumahnya adalah kunjungan ku yang terakhir..

Ku doakan semoga Allah merahmati arwah dan menghimpunkan arwah bersama orang yang telah diampunkan dosa mereka..

Kita yang masih bernafas ini, bersiap sedialah kita..semoga Allah mengampunkan dosa kita..Amin

Wednesday, July 7, 2010

Mesti Baca Punya...Karangan Urang Sabah!!



hahaha...mari kita ketawa beramai-ramai...

Thursday, July 1, 2010

welcome new baby girl ...

welcome to our adorable family..born on the 1st of July 2010,at 3a.m & weight 4.19kgs.. Mohd Syafiq Aizudin (14yrs), Nurul Fatihah (12yrs),Mohd Ridhwan (6yrs),Siti Aishah (5yrs)..The Late Mohd Syahmi Iqmal(12yrs), Nur Syazwani (9yrs),Mohd Amin (8yrs) & the newly born.. Wish all the best to all my cute niece & nephew..i love you so much.