Friday, July 16, 2010

inna lillahi wa inna ilaihi rajiun..



Semua kita pasti akan menyusul jua akhirnya ke destinasi itu..terharu dengan perginya arwah kerana masih segar dia dalam ingatan. Terima kasih buat arwah yang telah mengizinkan aku bercuti panjang kerana rasa kemanusiaannya terhadapku..

Masih terngiang-ngiang arwah datang ke kelas semasa aku mengajar, semata-mata untuk meminta aku menambah agenda mesyuarat sebelum mesyuarat..n masih segar panggilan "si tompok" semasa menyusun atur bilik guru suatu masa dahulu...

Mulia hatinya..tapi ramai yg mengambil kesempatan ke atasnya..syukurlah sempat jua ku memohon ampun maaf semasa beraya di rumah arwah pada tahun lepas..rupanya kedatangan kami sekeluarga ke rumahnya adalah kunjungan ku yang terakhir..

Ku doakan semoga Allah merahmati arwah dan menghimpunkan arwah bersama orang yang telah diampunkan dosa mereka..

Kita yang masih bernafas ini, bersiap sedialah kita..semoga Allah mengampunkan dosa kita..Amin

No comments:

Post a Comment