Wednesday, November 28, 2012

welcome again..

lama aku tak jenguk blog..rindu jg untuk beremosi sendiri.
end of november 2o12..byk cerita aku missed. apa pun tahun ni byk meninggalkan kenangan suka duka.
diriku, jgn mudah berputus asa, jgn rendahkan diri kerana setiap insan di muka bumi ini pasti ada bahagiannya sendiri. tq to all my beloved hubby, tq to all family members for suppoting me in my path..

welcome again..

lama aku tak jenguk blog..rindu jg untuk beremosi sendiri.
end of november 2o12..byk cerita aku missed. apa pun tahun ni byk meninggalkan kenangan suka duka.
diriku, jgn mudah berputus asa, jgn rendahkan diri kerana setiap insan di muka bumi ini pasti ada bahagiannya sendiri. tq to all my beloved hubby, tq to all family members for suppoting me in my path..

Wednesday, November 17, 2010

we'r at d end of 2010...

cepat masa berlalu..sesi persekolahan pun da berakhir untuk Tahun 2010. Selamat Bercuti kepada para guru... setahun di Sg Bain memberi banyak ruang dan peluang kepada ku menimba ilmu mendalami ilmu keguruan...terima kasih GB, terima kasih rakan seperjuangan di sini...

nampak gayanya air banjir semakin meningkat ke paras rumah guru-guru...ada yang suda mengangkat barang2 ke rumah yg lebih selamat...ada yg dibawa ke bangunan sekolah. Ini adalah antara liku2 yg dihadapi oleh guru-guru...sekolah pertama bermain dgn gelombang ombak...saat dilambung ombak hati ini sering menyangka itulah detik terakhir ku....sekolah kedua pun tidak seindah yg disangka kan...byk dugaan walaupun hanya setahun..kini sekolah yg ketiga, ku rasa semakin kuat tapi masih menduga hati kecil ku sebagai insan biasa...

Hidup ini bukan mudah untuk kita bersenang lenang...akan ku cuba menghadapi kerana bukan di sini sahaja dugaan itu hadir..selagi kita bernafas, pasti ada lagi cubaan yg terus menguji kita...semoga aku terus tabah...

Tuesday, August 10, 2010

1st Of Ramadhan..

Selamat menyambut bulan penuh berkat ini...Sekali lagi, aku berpuasa berjauhan dari keluarga tercinta...Sedap betul makan air tangan mamakan..tapi mama pun kesian sungguh..kali ini, Mama bersahur bersendirian di rumah. Terharu bah bila mengenang mama macam ni.Semenjak c Dedek masuk MRSM, tiada lagi teman mama di rumah. Semoga Allah mengurniakan mama kesihatan yang berpanjangan, anak soleh soleha, dimurahkan rezeki, dipanjangkan umur dan dirahmati Allah...amin...

Thursday, July 22, 2010

adakah patut............

Tak patut betul...memang tak patut aku jumpa dia yang aku tak patut berjumpa lagi... Apa lagi aku jumpa dia bersama insan yang tak patut bersama dia..Aku tak mau lagi tahu kisahnya..dan biarlah semuanya berlalu seperti 8 tahun yg lalu. Sesungguhnya Allah telah lama merancang ketentuan ini begini perjalanannya..Tapi baru semalam aku mengetahuinya.. ku tak mau tau kisahnya lagi. kalau ketentuan Allah itu menemukan aku kpd best friend merangkap course mate merangkap room mate menjadi insan istimewanya... memang membengangkan betul la...aku betul2 excited plus rindu dengan kawan-kawan yang ku tinggalkan 10tahun lalu...kini bila tiba waktu Allah menemukan aku dengan mereka. Rupanya tak segembira yang ku sangka..

Lagi yang tak best kerana 2 lagi insan yang menjadi sahabat berempat sebagai course mate dan room mate ku di USM dulu..tapi langsung tidak mengkhabarkan kepada ku tentang ini.. Apalah hikmah di sebalik ketentuan ini...

Ingatkan aku yang kalut mendapat tau tentang mereka...Hehee..sian Zura, aku baca comment dia dlm FB..dia pun kalut... Tak apalah Zura...sudah jodohmu bersama dia..Aku pun sudah punya insan istimewa... Sampai2nya..Zura lum confirm aku jd friend dlm FB..

Friday, July 16, 2010

inna lillahi wa inna ilaihi rajiun..



Semua kita pasti akan menyusul jua akhirnya ke destinasi itu..terharu dengan perginya arwah kerana masih segar dia dalam ingatan. Terima kasih buat arwah yang telah mengizinkan aku bercuti panjang kerana rasa kemanusiaannya terhadapku..

Masih terngiang-ngiang arwah datang ke kelas semasa aku mengajar, semata-mata untuk meminta aku menambah agenda mesyuarat sebelum mesyuarat..n masih segar panggilan "si tompok" semasa menyusun atur bilik guru suatu masa dahulu...

Mulia hatinya..tapi ramai yg mengambil kesempatan ke atasnya..syukurlah sempat jua ku memohon ampun maaf semasa beraya di rumah arwah pada tahun lepas..rupanya kedatangan kami sekeluarga ke rumahnya adalah kunjungan ku yang terakhir..

Ku doakan semoga Allah merahmati arwah dan menghimpunkan arwah bersama orang yang telah diampunkan dosa mereka..

Kita yang masih bernafas ini, bersiap sedialah kita..semoga Allah mengampunkan dosa kita..Amin

Wednesday, July 7, 2010

Mesti Baca Punya...Karangan Urang Sabah!!



hahaha...mari kita ketawa beramai-ramai...