Tuesday, April 6, 2010

so cute la...


adui..comelnya anak orang..anak siapala ni kan...kalau derma kat aku pun oku ok ja..rasanya sesapa yang tengok pasti suka dengan anak orang ni..

Tadi chating dengan kawan lama..dia pun belum dikurniakan baby lagi..yang sian lagi sebab semacam ada masalah kesihatan. Tulang rusuk dia menunjukkan ada penyakit..so, kalau betul dia kata doktor tak ble ada baby..aku pun kureng faham..

Tapi inilah ketentuan Tuhan yang kita sebagai insan kecil di alam ni tak boleh nak mengatasinya...Kadang-kadang macam tak terduga, kita adalah antara insan yang terpilih untuk memikul ujianNya.. Tengok orang lain sesenang saja.. ada yang tak menjangka tapi Tuhan bagi..ada yang bertahun-tahun tapi Allah masih belum mengurniakannya...waullahu alam..anggaplah ada rahmat yang kita terima disebaliknya ketentuan Tuhan..

Kadang-kadang takut juga kalau kekecewaan ku ni seperti menidakkan ketentuan yang Allah suratkan buat aku..Nanti Allah dah pilih untuk di uji dan da dijanjikan kebaikan disebaliknya..tapi kerana emosi yang hanya bersandarkan kepentingan sendiri...dan kemudian Allah menarik semula rahmat tu...ahhh rugila kan...

Semoga hatiku ditabahkan olehNya..agar aku & suamiku akan terus sabar menghadapi ujianNya ini & akan dikurniakan juga dia kelak...amin....

No comments:

Post a Comment